星期日, 11 7月 2021 00:00

Grand-Flo kini dikenali NCT Alliance

KUALA LUMPUR: Grand-Flo Bhd (Grand-Flo) kini dikenali sebagai NCT Alliance Bhd (NCT Alliance) dengan tumpuan sepenuhnya dalam sektor pembangunan hartanah.

Nama korporat dan identiti baharu itu selaras dengan dengan kedudukan aspirasi NCT Alliance sebagai pemaju hartanah terkemuka dengan pengkhususan dalam pemulihan projek terbengkalai.

Image

Setakat ini, NCT Alliance sudah mengambilalih beberapa projek pembangunan hartanah termasuk Grand Ion Majestic (GIM), Grand Ion Delemen (GID), Mahkota Kampar, dan Acacia Residences.

Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan NCT Alliance, Datuk Seri Yap Ngan Choy, berkata pertukaran nama syarikat menjadi asas penting kepada perjalanan syarikat.

"Ia menandakan permulaan baharu kami dengan memanfaatkan keupayaan teras dalam sektor hartanah. Pengambilalihan terkini secara jelas menjadi langkah pertama ke aras menjadi antara 10 pemaju hartanah utama di Malaysia.

"Kami berada pada landasan tepat menerusi projek yang sedang dimajukan. Berdasarkan rekod dan kepakaran khusus kami, NCT Alliance menyasar untuk mendapatkan projek pembangunan baharu di seluruh negara," katanya dalam satu kenyataan.

Berikutan pertukaran nama itu, saham NCT Alliance akan disebut dengan nama pendek saham baru 'NCT' berkuat kuasa jam 9 pagi esok.

Sumber dari KLSE Screener

Untuk membaca artikel asal, sila klik: https://www.klsescreener.com/v2/news/view/852927/Grand_Flo_kini_dikenali_NCT_Alliance

Read 2631 times