Print this page
Monday, 17 August 2020 08:00

Hab Industri Kuala Langat disasar mampu tarik tumpuan pelabur elektrik, elektronik - Exco

SHAH ALAM, 17 Ogos -- Pembinaan projeck Hab Industri Kuala Langat yang dijadualkan siap empat tahun lagi disasarkan mampu menarik tumpuan pemain sektor elektrik dan elektronik tempatan serta luar negara untuk melabur di Selangor.

Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Industri Kecil dan Sederhana Selangor, Datuk Teng Chang Khim berkata, ini berikutan wujudnya infrastruktur yang baik di sekitar lokasi projek berkeluasan hampir 200 hektar itu terutamanya berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur yang dilihat mampu menjadi nilai tambah bagi menarik lebih ramai pelabur.

Beliau berkata perang perdagangan Amerika Syarikat (AS) dan China yang sedang berlaku turut dijangka membuka ruang kepada negara khususnya Selangor untuk menjadi pilihan pelabur bagi merancakkan lagi sektor berkenaan.

“(Ekoran perang perdagangan itu) banyak syarikat elektronik milik AS, Taiwan dan negara ASEAN lain akan keluar dan memindahkan industri mereka dari China.

“Malaysia merupakan antara destinasi yang disasarkan (untuk pelaburan) kerana infrastruktur kita lebih baik berbanding negara lain. Disebabkan itu, kita amat menggalakkan pihak swasta turut bekerjasama membangunkan hab industri ini,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Terdahulu, Teng menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara NCT Group of Companies (NCT Group) selaku pemilik dan pemaju Hab Industri Kuala Langat dan Future Inno Park Sdn Bhd (Future Inno Park).

MoU yang ditandatangani Pengasas NCT Group, Datuk Seri Yap Ngan Choy dan Pengarah Future Inno Park Datuk Jeffrey Ng Chin Heng bertujuan memperkenalkan projek berkenaan kepada pelabur asing bagi menarik minat mereka beroperasi di hab industri tersebut.

 

Dalam perkembangan lain, Teng turut berbangga dengan kedudukan Selangor yang kekal sebagai penyumbang terbesar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara iaitu 24.2 peratus pada tahun lepas berbanding 23.7 peratus pada 2018.

Katanya, jika kadar itu terus meningkat dalam masa terdekat, Selangor bakai menyumbang sebanyak satu perempat kepada KDNK negara.

Justeru, beliau berkata, Selangor perlu mengekalkan kedudukan itu dengan mempergiatkan usaha bagi menjadikan negeri ini sebagai pusat destinasi pelaburan utama negara sama ada dalam sektor perkilangan atau perkhidmatan.

“Buat masa ini, 60 peratus daripada KDNK Selangor sendiri adalah daripada sektor perkhidmatan dan 30 peratus lagi sektor perkilangan. Tetapi kita perlu memperkukuhkan sektor perkilangan untuk memastikan kita mendapat sokongan sektor perkhidmatan.”

“Berdasarkan Pelan Induk Industri Negeri Selangor, kita juga menumpukan kepada lima sektor utama negeri iaitu elektronik dan elektrik, jentera dan peralatan, kelengkapan pengangkutan termasuk bidang aeroangkasa, makanan dan minuman serta sains hayat termasuk bidang perubatan dan farmaseutikal,” katanya.

Sumber dari BERNAMA

Untuk membaca artikel asal, sila klik: https://www.bernama.com/bm/ekonomi/news.php?id=1871110 

Ion by NCT mobile apps feedback (Fri, 2/7)

  • Guide and Tips - abit messy, too much information 
  • Rewards - perhaps can add in more images of the product
  • Promotions, event - can categorized it into ongoing / coming event / pass event
  • Points - lucky spin to earn points (eg: 30/ 50/ 100 / 200 points ) 
  • Pop up poster - maybe when user click on the poster can directly lead them to the event/campaign’s post
Read 2390 times