KUALA LUMPUR - Syarikat pembangunan hartanah NCT Group of Companies (NCT Group) dan institusi pengajian tinggi swasta, UCSI University menandatangani memorandum persefahaman (MoU) Premier Co-Op bagi membentuk kerjasama khasnya dalam perkembangan dan manfaat pelajar di sini, semalam.
Majlis menandatangani MoU itu memberi manfaat kepada kedua-dua pihak yang terlibat menerusi peluang pendidikan melalui latihan industri yang merupakan pelanta penting bagi membentuk kejayaan pelajar di dunia kerjaya kelak.
Menyedari keperluan ini, Kumpulan NCT memperkenalkan inisiatif FLY Youth yang membentuk perkembangan positif pelajar.
Inisiatif ini bertujuan membentuk pemimpin muda yang berwibawa melalui pelbagai kempen dan pertandingan selain memberi pelajar pengalaman industri yang boleh meningkatkan kemahiran mereka.

Mengulas mengenai inisiatif tersebut, Pengasas Bersama Kumpulan NCT, Datuk Joe Yap Fook Choy berkata, FLY Youth dapat memberi graduan pengalaman dan jangkaan sebenar dalam dunia kerjaya.
“Inisiatif ini memberi peluang kepada NCT Group untuk melatih graduan muda dan memberi lebih nilai selain daripada latihan industri biasa,” katanya dalam satu kenyatan hari ini.
Sesi menandatangani MoU tersebut telah berlangsung di Kampus Kuala Lumpur UCSI University dan turut dihadiri oleh Timbalan Naib Conselor, Hal Ehwal Akademik, Pelajar dan Alumni UCSI University dan Pemangku Dekan Fakulti Sains dan Seni Liberal, Professor Madya Ir.Dr.Jimmy Mok Vee Hoong serta disaksikan oleh Ketua Pegawai Operasi Kumpulan NCT, Yap Chun Theng.
Turut termasuk dalam kerjasama itu ialah Program Industry Leadership oleh UCSI University yang membantu pelajar menjamin peluang kerjaya dari tahun pertama pengajian Ijazah Sarjana Muda mereka dan menerima latihan industri serta peluang pekerjaan dengan syarikat-syarikat terkemuka.
“Melayari cabaran dunia sebenar dan selok-belok kerjaya adalah penting untuk membentuk jalan ke arah kejayaan untuk para pelajar.
“Saya amat teruja dengan kerjasama bersama NCT Group yang pastinya akan memberi lebih ruang dan peluang kepada pelajar-pelajar UCSI University untuk mendalami industri masing-masing khususnya dalam bidang seni bina, kejuruteraan, pembinaan, bisnis dan pemasaran,” kata Jimmy Mok Vee Hoong.
Sumber dari DagangNews.com
Untuk membaca artikel asal, sila klik: https://dagangnews.com/kumpulan-nct-ucsi-university-meterai-mou-bantu-peluang-kerjaya-pelajar